Tajuk: Menjelaskan hukum mengelap air wuduk pada anggota badan sebelum solat.
Salam ustaz. Ustazah sekolah saya pernah mengatakan jangan lap air wuduk selepas berwuduk kerana setiap titisan itu akan menolak api neraka. Tapi saya tidak selesa dengan air tersebut untuk pakai telekung dan saya mengelap / mengeringkannya dengan tuala. Apakah ianya dibolehkan untuk saya keringkan air wuduk saya tadi? – Amirah
Jawapan ustaz hukum mengelap air wuduk
Waalaikumsalam.
Alhamdulillah. Wuduk adalah salah satu ibadah yang cukup penting dalam agama Islam. Wuduk bukan sekadar meratakan air ke anggota badan yang terpilih, bahkan wuduk adalah penanda aras bahawa Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan kebersihan.
Apabila kita mengambil wuduk untuk solat, pastilah anggota yang disapukan air tadi basah. Lalu, adakah kita perlu mengelap air tersebut atau membiarkan sahaja ia kering secara semulajadi? Apakah hukum mengeringkan air wuduk tadi?
Hukum Mengeringkan Air Wuduk pada anggota
Para ulama berbeza pendapat mengenai isu ini. Ada yang mengatakan bahawa perbuatan mengelap air wudhuk ini dibolehkan, manakala sebahagian lagi berpendapat bahawa hukumnya makruh bagi seseorang yang mengeringkan anggota badannya setelah berwuduk.
Pendapat yang mengharuskan perkara ini menyatakan bahawa asal hukum bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharamannya. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab usul feqh:
Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus.
Maka mereka berpendapat bahawa selagi mana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan ini, maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu keharusan. Pendapat ini dipegang oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad dan selainnya. Bahkan, para sahabat seperti saidina Usman, al-Hasan bin Ali dan Anas bin Malik turut menggunakan kain lap selepas berwuduk seperti mana yang dinyatakn oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitabnya, Al-Mughni (1/195)
Manakala pendapat kedua yang menyatakan bahawa menyapu atau mengeringkan anggota badan setelah berwudhuk adalah makruh, mereka berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah R.anha, beliau berkata:
Maksudnya: Aku membawakan kepada Nabi S.A.W secebis kain (setelah baginda mandi junub), maka baginda tidak menerimanya. Lalu baginda menghilangkan sisa-sia air di badan baginda menggunakan tangannya. Riwayat Al-Bukhari (274)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas RA beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W mandi, lalu dibawakan kepada baginda kain pengelap dan baginda tidak menyentuhnya. Kemudian baginda menyapu saki baki air di badan baginda menggunakan tangannya.
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak menggunakan kain yang diberikan kepadanya untuk mengelap anggota badan baginda setelah mandi. Maka golongan yang berpegang dengan pendapat yang kedua menjadikan nas ini sebagai hujah bahawa makruh hukumnya menggunakan kain pengelap sama ada tuala dan seumpamanya bagi mengeringkan anggota badan setelah wuduk.
Namun, kami tidak menemui dalil yang menyatakan bahawa larangan mengelap air wuduk kerana titisan air wuduk ini akan menolak daripada api neraka.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa perbuatan mengelap itu adalah disunatkan kerana terdapat padanya keselamatan dari debu-debu najis dan seumpamanya. Inilah pendapat yang disebutkan oleh Al-Syeikh Al-Furani, Imam al-Ghazali, Al-Ruyani, dan Al-Rafi’e.
Kesimpulan
Perbuatan hukum mengelap air wuduk dengan tuala atau seumpamanya adalah harus. Kami tidak menemui dalil yang menyatakan bahawa air wuduk ini akan menjadi pendinding api neraka sehingga kita dimakruhkan untuk mengelapnya. Bahkan dalam sunnah, Rasulullah SAW tetap mengelap air wuduk baginda, cumanya baginda mengelapnya dengan tangan baginda.
Tiada ulama yang mengharamkan mengelap air wuduk dengan kain atau tuala. Malah, jika kita tidak mengelap air wuduk sehingga memudaratkan diri kita seperti sewaktu kita berada di tempat yang sangat sejuk, hukumnya adalah disunatkan untuk kita mengelap air wuduk itu dengan segera.
Begitu juga jika kita tidak merasa selesa andai tidak mengelapnya seperti membuatkan pakaian kita kebasahan, maka ada keperluan untuk kita mengelapnya. Semoga Allah menerima segala amalan kita. Amin.
Apakah hukum saya lap air wuduk saya?
Hukum mengelap air wuduk dengan tuala atau seumpamanya adalah harus. Bahkan dalam sunnah, Rasulullah SAW tetap mengelap air wuduk dengan tangan baginda.
Betulkah kita dilarang lap air wuduk selepas berwuduk kerana setiap titisan itu akan menolak api neraka?
Kami tidak menemui dalil yang menyatakan bahawa larangan mengelap air wuduk kerana titisan air wuduk ini akan menolak daripada api neraka.
Bolehkah saya keringkan air wuduk dengan tuala?
Boleh kerana hukum mengelap air wuduk dengan tuala adalah harus.
Assalammualaikum ustaz apakah hukum nya suami selalu sindir isteri Dan merendahkan2 kan isteri? Dan adakah dengan berkata ” tunggu apa lg” yg bermaksud Si suami mahu isteri meninggalkan nya dn memilih lelaki lain. Adakah jatuh dlm talak kias?