Hukum Suami Isteri Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid Kering

Tajuk: Penjelasan mengenai hukum suami bersetubuh sebelum mandi wajib ketika isteri berhenti haid.

Assalamualaikum ustaz.

Saya baru sahaja bersih daripada haid. Kemudian suami saya datang mendekati saya dan menyatakan dia sudah seminggu tunggu saya. Suami ingin bersetubuh sedangkan saya belum lagi mandi wajib lagi.

Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya selepas saya kering haid tapi belum mandi wajib dan apakah hukumnya? Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?

– Syarafina

Jawapan Hukum Bersetubuh Tapi Belum Mandi Wajib Selepas Haid Kering

Waalaikumussalam.

Dalam mazhab Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan yang haid, atau dalam keadaan haid isterinya sudah berhenti (kering) tetapi belum mandi wajib lagi. Hal ini berdalilkan firman Allah SWT yang bermaksud:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Surah Al-Baqarah, ayat 222

Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid

Walaupun isteri sudah berhenti haidnya, dia masih tidak dianggap sudah suci melainkan selepas dia mandi hadas atau mandi wajib.

Maka hukumnya berdosa besar bagi suami yang menyetubuhi isterinya yang masih belum suci dalam keadaan si suami tahu bahawa isterinya masih belum lagi mandi wajib. Hendaklah dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan fakir miskin dengan menggunakan matawang Islam iaitu emas tulen. Hal ini berdasarkan hadis Ibn Abbas RA:

“Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.”

❊ Riwayat Abu Daud ❊

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami, bukannya isteri. Dalam keadaan suami yang berjimak dengan isterinya saat haid isterinya sudah berhenti namun dia masih belum mandi wajib, si suami sunat membayar denda separuh harga dinar.

Sebagai isteri, mereka wajib memberitahu kepada suami jika dirinya masih belum mandi wajib lagi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan suami dibebankan dengan dosa yang besar. Selagi isteri masih belum mandi wajib walaupun haidnya sudah berhenti, haram bagi suami untuk bersetubuh dengan isterinya.

hukum bersetubuh sebelum mandi wajib berjimak selepas haid kering

Bagi suami yang tidak mengetahui bahawa isterinya masih belum mandi wajib, suaminya tetap dianggap bersalah kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepada isterinya.

Sebagai suami, mereka wajib mendatangi isterinya dalam keadaan isterinya sudah bersuci, bukannya mendatangi isterinya sesuka hati dan tidak bertanya terlebih dahulu.

Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita, amin.

Wallahualam.

Bolehkah suami bersetubuh dengan isterinya yang sudah kering haid tapi belum mandi wajib?

Tidak boleh kerana walaupun isteri sudah berhenti haidnya, dia masih tidak dianggap sudah suci melainkan selepas dia mandi hadas atau mandi wajib.

Apakah hukum mendatangi isteri yang belum mandi wajib?

Hukumnya berdosa besar bagi suami yang menyetubuhi isterinya yang masih belum suci dalam keadaan si suami tahu bahawa isterinya masih belum lagi mandi wajib. Hendaklah dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

tanyaustaz-penulisSoalan ini dijawab oleh Ustaz Ahmad Fadzli Fauzi. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) dari Universiti Malaya.

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.