Kenapa isteri dilarang keluar rumah dalam iddah?

Assalamualaikum. Saya nk tanya kenapa dalam tempoh edah hanya isteri yg ditekankan dengan banyak pantang larang seperti isteri dilarang keluar rumah, tidak boleh berhias dan lain-lain. Tapi kenapa si suami pula boleh melakukan sesuka hati. Contohnya keluar dgn perempuan lain, bermusafir dan sbgnya. Apakah itu bukan satu kesalahan dlm islam.. Sekadar nk tahu. – Norlia

Jawapan ustaz sebab isteri dilarang keluar rumah dalam iddah

Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Benarlah, Islam adalah agama yang sangat adil, bahkan mengangkat tinggi kemuliaan seorang wanita.

Dalam Islam, hukum ‘iddah adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan emba mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil embali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalil daripada sunnah pula adalah daripada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:

Maksudnya: Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.lah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

Dalam tempoh edah ini, si isteri boleh tinggal bersama suaminya jika di rumah tersebut mempunyai penghuni mahram yang tinggal bersamanya. Begitu juga jika kediaman itu berbilik-bilik atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya (rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/268).

Jika kediaman bekas suaminya tidak mempunyai ciri-ciri di atas, bekas suaminya perlu mengizinkan bekas isterinya untuk tinggal di rumah yang sebelum ini dia biasa tinggal seperti tinggal di rumah ibunya.

Baca: 5 tempoh edah bercerai dan larangan dalam iddah wanita perlu tahu!

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh ‘Iddah Talak Raj’ie

Bagi wanita yang diceraikan oleh suami, terdapat beberapa batasan yang perlu dilalui. Ini kerana hubungan atau pertalian antara suami isteri masih lagi wujud dalam tempoh edah tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi, apatah lagi melangsungkan perkahwinan. Jika wanita tersebut berkahwinan dalam tempoh ‘iddah, perkahwinan tersebut tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam tempoh ‘iddah juga, suami dilarang menghalau keluar isteri dari rumah isterinya, bahkan suami wajib menanggung keseluruhan nafkah isteri.
  • Tidak boleh berkabung, bahkan digalakkan untuk bersolek dan berhias agar dapat membangkitkan keinginan suaminya untuk rujuk semula.

Benar, dalam tempoh ‘iddah ini, si isteri tidak dibenarkan untuk bermusafir. Bahkan dilarang untuk bermusafir bagi menunaikan umrah.

hukum edah iddah dalam talak rajie copy

Namun para isteri perlu mengetahui bahawa dalam tempoh ‘iddah ini, suami boleh merujuk semula isterinya pada bila-bila masa sahaja dalam bentuk kalimah atau perkataan yang difahami. Apabila suaminya merujuk semula, maka tidak perlu dibuat akad nikah yang baru dan sebagainya.

Hikmah ‘Iddah

Benar, sewaktu dalam tempoh ‘iddah, terdapat larangan yang dikenakan, antaranya keluar rumah. Hakikatnya, wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah ini masih boleh lagi keluar rumah dengan keizinan suaminya.

Bahkan wanita dalam tempoh ‘iddah raj’ie ini boleh sahaja bersolek, malah dianjurkan untuk bersolek bagi membangkitkan keinginan suaminya agar kembali rujuk semula.

Cuma bagi wanita yang kematian suami, mereka disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi ianya boleh mendorong kepada kemaksiatan serta membawa fitnah. Malah, wanita yang kematian suami juga sebenarnya boleh keluar rumah untuk bekerja jika tiada sesiapa yang mampu memberikan nafkah untuknya. Termasuklah juga wanita ini boleh keluar bermusafir untuk bekerja.

Hikmah terbesar tempoh ‘iddah raj’ie ini agar suami dan isteri masing-masing dapat bermuhasabah diri serta mampu untuk kembali mengikat semula hubungan yang mungkin sebelum ini telah terputus.

Antara hikmah ‘iddah yang terbesar juga adalah untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami yang terdahulu. Hal ini bagi mengelakkan percampuran benih antara suami yang terdahulu dengan suami yang baru dikahwini.

Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh ‘iddah ini boleh menjadi tempoh untuk mereka berkabung bagi menghormati arwah suami.

Hukum Lelaki Dalam Tempoh ‘Iddah Isterinya

Dalam Islam, tempoh ‘iddah hanyalah untuk isteri sahaja. Hikmah ‘iddah ini telah diceritakan di atas. Namun, ketiadaan “iddah” buat suami bukanlah bermakna si suaminya boleh melakukan apa sahaja.

Contohnya, si penyoal mempersoalkan status lelaki yang baru bercerai untuk keluar bersama wanita. Wanita di sini ialah wanita yang ajnabi ataupun yang boleh dikahwini. Hakikatnya, seorang lelaki tidak boleh keluar berdua bersama wanita ajnabi, lebih-lebih lagi di tempat yang sunyi dan boleh mengundang fitnah. Ianya tetaplah haram bukan untuk lelaki yang baru bercerai dengan isterinya, bahkan untuk sesiapa sahaja.

Namun, lelaki yang baru bercerai dibenarkan untuk bermusafir serta menunaikan haji dan umrah.

Cumanya, terdapat juga larangan buat lelaki yang berada dalam ‘iddah, antaranya:

  1. Lelaki yang mempunyai empat orang isteri. Apabila dia telah menceraikan salah seorang isterinya, maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).
  2. Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri. Seorang suami tidak boleh mengahwini kakak isterinya atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.

Penutup

‘Iddah adalah satu kewajiban dalam Islam. Namun, ramai yang tersalah tafsir maksud ‘iddah hingga menganggap ‘iddah adalah sesuatu yang menzalimi golongan wanita. Para wanita perlu sedar, ‘iddah adalah tempoh ‘bertenang’ bagi memulihkan semula hubungan suami isteri. Di samping itu, ‘iddah adalah waktu untuk mengosongkan rahim daripada benih suami terdahulu.

Wanita dalam tempoh ‘iddah bukanlah dilarang secara mutlak untuk keluar dari rumah. Bagi yang bercerai hidup, mereka masih boleh keluar dari rumah dengan mendapat keizinan daripada suami. Malah dalam tempoh ‘iddah, suami masih wajib memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi yang kematian suami pula, mereka masih boleh keluar rumah untuk bekerja bagi menyara kehidupan. Islam itu mudah dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Wallahualam.

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.
Kenapa isteri dilarang keluar rumah dalam iddah? is highly popular post having 19 WhatsApp shares
Share with your friends
Powered by ESSB
Kenapa isteri dilarang keluar rumah dalam iddah? is highly popular post having 4 Twitter shares
Share with your friends
Powered by ESSB
Someone share Doa ibu mengandung anak pertama dan dipermudahkan bersalin on WhatsApp
1 hour ago
Powered by ESSB