Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Kening Tebal & Lebat

Salam ustaz.

Saya nak tanya apakah boleh sekiranya saya mencukur bulu kening untuk menjadi kemas kerana bulu kening saya sangat tebal dan lebat bagi mengelak daripada dihina oleh orang sekeliling?

Kerana kerja saya selalu membuatkan saya berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang saya berasa tidak selesa bila orang melihat saya dan bercakap-cakap sambil ketawa melihat saya.

Apakah hukum saya mencukur kening saya agar sedikit nipis dan kemas?

– Nursyafiqah

Jawapan Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Tebal

Waalaikumussalam.

Para ulama menyebut maksud mencukur bulu kening ialah mereka yang membuang keseluruhan bulu kening atau mereka yang mencukur bulu kening sehingga menjadi nipis.

Terdapat 2 hukum dengan terjemahan yang hampir sama jika sekilas pandang tapi membawa maksud berbeza.

Hukum Haram Mencukur & Membuang Bulu Kening

Rasulullah S.A.W bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Riwayat Muslim

Menurut kedua-dua situasi yang dinyatakan diatas, ianya diharamkan di dalam Islam, malah mereka turut dilaknat oleh Allah.

Bagi mereka yang pernah melakukannya sebelum ini kerana tidak tahu, maka memohon ampunlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan sangat suka memaafkan kesalahan hamba-Nya.

Hukum Harus Mengandam Kening

Hukum HARUS dalam bercukur kening dalam Islam
Hukum HARUS dalam bercukur kening dalam Islam

Namun, para ulama berpendapat bahawa harus hukumnya bagi mereka yang mengandam bulu kening agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

Hukumnya HARUS mengandam bulu kening yang terlalu tebal agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

Antara contoh keadaan bulu kening yang berbeza seperti kebanyakan bulu kening manusia yang normal adalah seperti:

  • bulu keningnya terlalu tebal
  • kening tengah yang bersambung
  • atau juga wanita yang tiba-tiba tumbuh bulu-bulu yang tidak normal seperti janggut dan misai.

Maka harus hukumnya untuk dia mengandam bulu keningnya untuk kelihatan seperti normal, asalkan jangan berlebihan mengandam seperti mencukur bulu kening sehingga menjadi nipis.

Wallahualam.

  1. Bolehkah saya mencukur bulu kening untuk menjadi kemas kerana bulu kening saya sangat tebal dan lebat bagi mengelak daripada dihina oleh orang sekeliling?

    apakah hukum mencukur kening dalam islam?

    Boleh kerana hukumnya HARUS mengandam bulu kening yang terlalu tebal agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

  2. Apakah hukum dalam Islam sekiranya mencukur kening saja-saja untuk kelihatan cantik?

    Hukumnya haram dalam Islam, malah mereka turut dilaknat oleh Allah sekiranya mengubah ciptaan Allah seperti yang terkandung dalam hadis riwayat Muslim.

Soalan ini dijawab oleh Ustaz Haru. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Agama dari Universiti Jordan. Ada soalan? Tanyalah Ustaz.

✱ ✱ ✱ ✱

Tambah Pahala, Baca Lagi.

[display-posts image_size="medium_large" wrapper="div" wrapper_class="display-posts-listing grid" meta_key="_thumbnail_id"]
[display-posts orderby="rand" category="tanya-ustaz" posts_per_page="2"]

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.

Kongsikan info ini kepada famili dan rakan anda.

✱ ✱ ✱ ✱

"Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat"

- pesan Nabi Muhammad S.A.W (Riwayat Imam al-Bukhari - 3461)