Buku doa percuma

Bolehkah kahwin dengan sepupu? Apakah hukumnya dalam Islam?

Tajuk: Bolehkah saya berkahwin dengan sepupu rapat? Adakah ianya dibolehkan dan dibenarkan dalam Islam?

Assalamualaikum ya ustaz.

Saya Azhar dan mempunyai teman wanita bernama Ija, dan kami ini adalah sepupu rapat. Yang mana ayah kandung saya dan ayah kandung Ija adalah adik-beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama dan ayah Ija anak kedua. Persoalannye ialah, bolehkah saya berkahwin dgn Ija yang merupakan sepupu saya sendiri?? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik-beradik kandung)

Adakah haram kami berkahwin? Adakah akan muncul masalah wali? Kerana ada yg mengatakan kami tidak boleh bernikah kerana waris kuat. Dan kerana saya boleh menjadi wali kepada ija.

Dan juga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik, adakah akan muncul masalah wali, waris dikemudian hari. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya dengan menjawab persoalan ini. Saya insan yg hina lagi jahil tentang agama, bantulah saya dengan memberi keterangan yg jelas mengenai isu kahwin sepupu ini. – Azhar

Jawapan ustaz apakah hukum kahwin sepupu sendiri dalam Islam?

Wa’alaikumussalam,

Perkahwinan merupakan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang diikat dengan pernikahan. Perkahwinan sangat dituntut dalam Islam, selain ianya juga melengkapkan fitrah manusia dalam menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Namun, terdapat golongan wanita yang haram dikahwini iaitu wanita yang mahram dengan kita.

Baca: Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah?

Sepupu pula ialah perhubungan antara anak kepada ibu atau bapa saudaranya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sepupu bermaksud saudara sedatuk dan senenek.

Hukum Berkahwin Sesama Sepupu Sendiri

Islam mengharamkan perkahwinan sesama mahram, namun menghalalkan perkahwinan sesama bukan mahram.

Dalam Islam, sepupu ialah bukan mahram, yang membawa maksud seseorang boleh bernikah dengan sepupunya sendiri.

Firman Allah s.w.t. :

اَيُّهَا النَّبِيُّ اِنَّآ اَحْلَلْنَا لَكَ اَزْوَاجَكَ الّٰتِيْٓ اٰتَيْتَ اُجُوْرَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِيْنُكَ مِمَّآ اَفَاۤءَ اللّٰهُ عَلَيْكَ وَبَنٰتِ عَمِّكَ وَبَنٰتِ عَمّٰتِكَ وَبَنٰتِ خَالِكَ وَبَنٰتِ خٰلٰتِكَ الّٰتِيْ هَاجَرْنَ مَعَكَۗ

Maksudnya: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Surah Al-Ahzab, ayat 50

Syeikh Abdul Rahman As-Saadi ketika mengupas ayat ini menyatakan:

“Allah s.w.t. berfirman sebagai bentuk kemurahan kepada Rasul-Nya, bahawa Allah menghalalkan Rasul-Nya sesuatu yang Allah halalkan bagi orang beriman yang lain (iaitu menikahi sepupu).”

❊ lihat Tafsir Karim Ar-Rahman Fi Tafsiri Kalamil Mannan, Syeikh Abdul Rahman As-Saadi, hlm. 669 ❊

Dalam sirah, kita dapat melihat Rasulullah s.a.w., anak baginda serta para sahabat berkahwin sesama sepupu sendiri:

  1. Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab.
  2. Anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Ummu Kalsom dan Ruqayyah berkahwin dengan sepupu mereka iaitu ‘Utbah dan ‘Utaybah.
  3. Saidina Ali berkahwin dengan sepupunya sendiri yang jug merupakan anak kepada Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah

Dalam erti kata yang lain, perkahwinan sesama sepupu diharuskan dalam Islam samaada sepupu sebelah ayah ataupun ibu tanpa ada sebarang pertikaian antara para ulama.

hukum kahwin sepupu

Cumanya dari sudut meluaskan kaum keluarga, ianya tidak dapat dicapai kerana perkahwinan tersebut hanya mengikat dua keluarga yang sudah mengenali sebelum ini. Berbeza dengan berkahwin dengan keluarga yang jauh dan asing, yang mana ianya akan meluaskan lagi hubungan antara dua keluarga.

Persoalan Berkaitan Wali Dan Waris Dalam Sepupu

Seorang sepupu lelaki boleh menjadi wali bagi sepupu perempuannya jika tiada wali yang lebih atas darinya seperti ayah, abang, datuk atau bapa saudara bagi perempuan tersebut. Sepupu juga adalah waris yang sah dan boleh menerima harta pusaka, juga jika tiada waris yang lebih atas darinya.

Walaupun begitu, sebenarnya tidak timbul isu berkaitan wali dan waris dalam sepupu kerana Islam membenarkan perkahwinan sesama sepupu, selain Rasulullah s.a.w. sendiri berkahwin dengan sepupu baginda. Ianya adalah dua bidang hukum yang berbeza dan tidak boleh dikaitkan, lebih-lebih lagi ianya jelas disebut di dalam Al-Quran – jihah munfakkah (terpisahnya bahagian).

Kesimpulan

Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu. Walaupun perkahwinan sesama ahli keluarga yang jauh dan asing lebih digalakkan untuk meluaskan hubungan sesama kaum keluarga, namun hukum berkahwin dengan sepupu tetap harus.

Begitu juga tidak timbul isu wali dan waris. Walaupun sepupu boleh menjadi wali dan layak menerima harta pusaka, namun ianya bukan menghalang untuk mereka berkahwin kerana ianya dibenarkan dalam Islam.

Apa yang lebih penting dan utama di sini ialah berkahwinlah kerana perkahwinan adalah sunnah yang sangat dituntut, seperti mana yang disabdakan oleh baginda s.a.w. :

أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: “Aku sendiri solat dan juga tidur, berpuasa dan juga berbuka, dan aku juga menikahi wanita. Maka siapa yang saja yang membenci sunnahku, bererti dia bukan dari golonganku.”

❊ Hadith riwayat Muslim, hadith no. 2487 ❊

Wallahualam.

Apakah hukum kahwin dengan sepupu sebelah ibu dalam Islam?

Hukumnya adalah diharuskan dalam Islam berkahwin dengan sepupu sendiri samaada sepupu sebelah ayah ataupun sebelah.

Bolehkah saya berkahwin dengan sepupu sendiri?

Dalam Islam, ianya boleh dan diharuskan cuma dari sudut meluaskan kaum keluarga, ianya tidak dapat dicapai kerana perkahwinan tersebut hanya mengikat dua keluarga yang sudah mengenali sebelum ini. 

Apakah contoh kisah-kisah Sahabat yang berkahwin dengan sepupu sendiri?

Contohnya seperti Rasulullah s.a.w. sendiri berkahwin dengan sepupu Baginda yang bernama Zainab manakala Saidina Ali berkahwin dengan sepupunya sendiri yang juga merupakan anak kepada Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.

9 thoughts on “Bolehkah kahwin dengan sepupu? Apakah hukumnya dalam Islam?”

  1. ulama tak kahwin sebab mengermbangkan ilmu. Mungkin mreka ada sebab, kern Allaah memerintahkan, jika tak mampu, berpuasalah.
    والله اعلم

    Reply
  2. Assalamualaikum ustz,boleh ke Kita kahwin dengan Sepupu sebelah ayah tapi ayah saya dengan ayah Dia adik beradik..boleh ke ustaz?..

    Reply
  3. salam ustaz,

    bolehkah seorang anak saudara mengahwini janda atau bekas isteri bapa saudaranya. Bapa saudaranya iitu adik-beradik dengan emak anak saudara tersebut.

    Reply

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.