Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah?

Tajuk: Menjelaskan hukum berkahwin semula dengan bekas suami atau rujuk kembali selepas tamat tempoh iddah.

Assalamualaikum ustaz. Saya Syu, saya nak bertanya, adakah setelah habis iddah 3 kali suci, seorang isteri masih boleh berkahwin dengan bekas suaminya? Adakah perlu mengisi borang nikah baru dan kena nikah lagi sekali? – Nur Suhada

Jawapan Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah?

Waalaikumsalam.

Benar, tempoh iddah wanita adalah selama 3 kali suci, seperti mana yang dirakamkan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan emba mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil embali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalil daripada sunnah pula adalah daripada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:

Maksudnya: Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

Dalam tempoh ‘iddah ini, si isteri boleh tinggal bersama suaminya jika di rumah tersebut mempunyai penghuni mahram yang tinggal bersamanya. Begitu juga jika kediaman itu berbilik-bilik atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya (rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/268).

Baca: Kenapa Isteri Dilarang Keluar Rumah Dalam Tempoh Edah

Jika kediaman bekas suaminya tidak mempunyai ciri-ciri di atas, bekas suaminya perlu mengizinkan bekas isterinya untuk tinggal di rumah yang sebelum ini dia biasa tinggal seperti tinggal di rumah ibunya.

Bahkan, si isteri dibenarkan untuk bersolek dan berhias untuk menarik kembali perhatian suaminya agar dapat merujuknya semula. Suami masih diwajibkan untuk memberikan nafkah zahir buat isteri. Apabila si suami mahu merujuk kembali isterinya dalam tempoh ‘iddah ini, maka si suami tidak perlu membuat akad nikah yang baru mahupun mas kahwin (mahar) yang baru, namun ianya masih perlu dimaklumkan kepada mahkamah syariah bagi tujuan dokumentasi.

Rujuk Selepas Tempoh ‘Iddah

Adapun perlu diketahui bahawa talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad nikah yang baru dalam tempoh ‘iddah hanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama ataupun yang kedua sahaja. Jika talak ini telah berlaku dua kali sebelum ini dan ini merupakan talak ketiga, maka talak tersebut tidak boleh dirujuk kembali walaupun dalam tempoh ‘iddah.

hukum kahwin bekas suami isteri selepas talak cerai edah copy

Dalam isu ini, jika telah tamat tempoh ‘iddah bekas isterinya, maka situasi yang berlaku dinamakan talak ba’in. Bermakna, bila telah tamat tempoh ‘iddah bekas isterinya, bekas suaminya tidak boleh merujuknya semula melainkan dengan akad nikah yang baru.

Kesimpulan

Menjawab persoalan puan, si isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami walaupun telah tamat tempoh ‘iddah, namun pernikahan tersebut perlu dibuat dari awal semula iaitu perlu mengisi borong nikah dan perlu akad nikah yang baru semula.

Baca: Hukum kahwin sepupu sendiri dalam Islam?

Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina dapat berkekalan hingga ke hujung usia, bahkan dapat dipertemukan semula di Syurga. Amin.

Bolehkah isteri berkahwin semula dengan bekas suami walaupun telah habis tempoh iddah?

Ya boleh namun pernikahan tersebut perlu dibuat dari awal semula iaitu perlu mengisi borong nikah dan perlu akad nikah yang baru semula.

Bolehkah suami merujuk isteri dalam tempoh edah?

Suami boleh rujuk isteri dalam tempoh edah kecuali talak 3 dan talak (1 dan 2) telah berlaku dua kali sebelum ini. Boleh rujuk artikel tentang tempoh edah utk mengetahui kiraan edah.

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.
Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah? is highly popular post having 2 Twitter shares
Share with your friends
Powered by ESSB
Someone share Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Kening Tebal & Lebat on WhatsApp
4 hours ago
Powered by ESSB
Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah? is highly popular post having 6 WhatsApp shares
Share with your friends
Powered by ESSB