Buku doa percuma

Hukum minum air ketika azan subuh berkumandang

3. Assalamualaikum ustaz. Saya terbangun lewat ketika sahur dan tengok jam ade 5 minit lagi. Saya pun makanlah cepat-cepat. Dan last sekali saya minum air. Tapi saya sedang meneguk air ketika azan subuh berkumandang. Dan cepat2 saya stop minum selepas mendengar azan. Apakah hukum puasa saya ustaz? Terima kasih ustaz. -Matyo

Waalaikumussalam Matyo,

Perkara ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Namun majoriti ulama cenderung kepada pendapat bahawa seseorang yang berpuasa itu hendaklah dia berhenti makan dan tidak menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sewaktu azan subuh berkumandang. Jika tetap menelannya, maka batallah puasanya. Ini berdasarkan firman Allah:

 وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. (Surah al-Baqarah, 2:187)

Berdasarkan persoalan, jika anda yakin azan Subuh berkumandang tepat pada waktu Subuh dan Aanda masih minum, ada baiknya untuk berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengqadha’ puasa sebagai bentuk berjaga-jaga. Namun, jika anda tidak yakin apakah azan tersebut menandakan masuknya waktu Subuh atau tidak, maka puasa anda masih dianggap sah.

Kita perlu akui bahawa terdapat juga sebahagian surau atau masjid yang melaungkan azan (dalam hal ini adalah azan Subuh) lebih awal berbanding waktunya. Jika kita yakin bahawa azan yang berkumandang adalah lebih awal dan waktu subuh sebenarnya masih belum lagi masuk, maka anda masih lagi boleh makan dan minum dan puasa anda tetap sah.

Namun dalam hal ini, adalah lebih baik bagi kita untuk berhati-hati dan berhenti makan dan minum sebaik sahaja mendengar laungan azan Subuh.

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.