Buku doa percuma

Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Kening Tebal & Lebat

Tajuk: Apakah hukum wanita cukur kening nya kerana tebal?

Salam ustaz.

Saya nak tanya apakah boleh sekiranya saya mencukur bulu kening untuk menjadi kemas kerana bulu kening saya sangat tebal dan lebat bagi mengelak daripada dihina oleh orang sekeliling?

Kerana kerja saya selalu membuatkan saya berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang saya berasa tidak selesa bila orang melihat saya dan bercakap-cakap sambil ketawa melihat saya.

Apakah hukum saya mencukur kening saya agar sedikit nipis dan kemas?

– Nursyafiqah

Jawapan Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Tebal

Waalaikumussalam.

Para ulama menyebut maksud mencukur bulu kening ialah mereka yang membuang keseluruhan bulu kening atau mereka yang mencukur bulu kening sehingga menjadi nipis.

Terdapat 2 hukum wanita cukur kening ini membawa maksud berbeza dalam Islam.

Hukum Haram Mencukur & Membuang Bulu Kening

Rasulullah S.A.W bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.

❊ Riwayat Muslim, no 2125 ❊

Menurut kedua-dua situasi yang dinyatakan diatas, ianya hukum wanita cukur kening adalah diharamkan di dalam Islam, malah mereka turut dilaknat oleh Allah.

Bagi mereka yang pernah melakukannya sebelum ini kerana tidak tahu, maka memohon ampunlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan sangat suka memaafkan kesalahan hamba-Nya.

Hukum Harus Mengandam Kening

Hukum wanita cukur kening adalah HARUS dalam Islam
Hukum HARUS dalam bercukur kening dalam Islam

Namun, para ulama berpendapat bahawa harus hukumnya bagi mereka yang mengandam bulu kening agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

Hukumnya HARUS mengandam bulu kening yang terlalu tebal agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

Antara contoh keadaan bulu kening yang berbeza seperti kebanyakan bulu kening manusia yang normal adalah seperti:

  • bulu keningnya terlalu tebal
  • kening tengah yang bersambung
  • atau juga wanita yang tiba-tiba tumbuh bulu-bulu yang tidak normal seperti janggut dan misai.

Maka harus hukumnya untuk dia mengandam bulu keningnya untuk kelihatan seperti normal, asalkan jangan berlebihan mengandam seperti mencukur bulu kening sehingga menjadi nipis.

Wallahualam.

Bolehkah saya mencukur bulu kening untuk menjadi kemas kerana bulu kening saya sangat tebal dan lebat bagi mengelak daripada dihina oleh orang sekeliling?

Boleh kerana hukumnya HARUS mengandam bulu kening yang terlalu tebal agar kelihatan normal seperti bulu kening manusia yang lain.

Apakah hukum dalam Islam sekiranya mencukur kening saja-saja untuk kelihatan cantik?

Hukumnya haram dalam Islam, malah mereka turut dilaknat oleh Allah sekiranya mengubah ciptaan Allah seperti yang terkandung dalam hadis riwayat Muslim.

[yasr_overall_rating]

7 thoughts on “Hukum Wanita Cukur Kening Kerana Kening Tebal & Lebat”

  1. Assalamualaikum..ustaz bolehkah saya mengambil wuduk semasa datang haid

    Reply
  2. hi assalamualaikum ustaz , apa hukum merapikan kening mengikut bentuk asal tanpa menipiskan atau mencukur habis bulu kening tersebut. cth kening tebal yg dah terbentuk tetapi sedikit serabut di hujung ii kening

    Reply
  3. maaf ustaz , kening sy yg belah kanan Alhamdullilah normal cuma yang belah kiri dia agak terangkat sedikit macam angry bird orang orang kata .. apa hukum saya cukur sedikit untuk bgi dia nampak normal mcm yang sebelah kanan .. yang sebelah kanan Alhamdullilah masih terbentuk kening cuma agak bersepah sedikit jdi sy cukur bahagian bwh kening itu sedikit untuk kemas kan .. apa hukum dia ye ust ?

    Reply
  4. Assalamualaikum ustaz.
    saya nak tanya apakah boleh saya memancungkan hidung mengunakan filler noise, kerana hidung yang terlalu pesek dan juga kembang ini untuk dihindari daripada dihina?

    saya sangat malu ketika bekerja dan membuatkan saya berhadapan dengan orang ramai, dan saya selalu diketawakan oleh rakan-rakan sekerja, dan ini juga membuatkan saya putus tunang dan dihina oleh teman lelaki saya.

    Reply

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.