Hukum Isteri Tidak Mahu Melakukan Hubungan Batin Selepas Nikah Kerana Takut & Penat

Tajuk: Apakah hukum isteri yang tidak mahu melakukan hubungan batin dengan suami selepas nikah kerana alasan takut dan penat?

Salam ustaz.

Saya telah sebulan mendirikan rumahtangga. Masalah yang kami hadapi sekarang ialah kami belum pernah lagi melakukan hubungan batin suami isteri. Kerana disebabkan beberapa faktor seperti isteri takut, tiada keinginan, keletihan dan tinggal berasingan. Adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam Islam?

Saya ada terdengar orang menyatakan bahawa kalau sampai sesuatu masa (3 kali suci) kita masih belum melakukan hubungan s*ks selepas sah nikah, maka kita boleh berdosa. Betul ke ustaz?

– Adi

Jawapan Isteri Tidak Mahu Melakukan Hubungan Batin Selepas Nikah Kerana Takut & Penat

Waalaikumusalam.

Nafkah batin ialah hubungan suami isteri.

Suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud:

نِسَاۤؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ ۖ فَأْتُوْا حَرْثَكُمْ اَنّٰى شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوْا لِاَنْفُسِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّكُمْ مُّلٰقُوْهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki.”

Surah Al-Baqarah, ayat 223

Suami Wajib Memberi Nafkah Batin Kepada Isteri

Kewajiban seorang suami memberikan nafkah batin atau s*ks kepada isterinya ada disebut dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf.”

Surah Al-Baqarah, ayat 228

Sekiranya seorang isteri berkeinginan kepada nafkah batin, maka wajib bagi suami untuk menunaikannya melainkan si suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya.

Hukum Suami Wajib Memberi hubungan Batin Kepada Isteri

Jika suami gagal untuk memberikan nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.

Kesimpulan Hukum Isteri Tidak Mahu Dengan Alasan

Dalam keadaan kedua-duanya, iaitu suami dan isteri reda serta tiada masalah untuk tidak melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh yang tertentu, maka ianya tidak menjadi masalah. Ini kerana maksud perkahwinan bukanlah sekadar mahu melakukan hubungan s*ks semata-mata.

Bagi isu berkaitan isu nafkah batin ini, terpulanglah kepada pasangan masing-masing untuk menentukan waktu yang sesuai bagi mereka dapat bersama.

Tidaklah berdosa jika mereka tidak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tertentu seperti tiga kali suci, dengan syarat masing-masing reda dan faham akan masalah yang dihadapi.

Berbincanglah secara baik. Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina dapat dikekalkan hingga ke syurga, amin.

Wallahualam.

Apakah berdosa jika tidak melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh tertentu?

Tidaklah berdosa jika mereka tidak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tertentu seperti tiga kali suci, dengan syarat masing-masing reda dan faham akan masalah yang dihadapi.

Apakah hukum suami dalam meberi nafkah batin kepada isteri?

Jika suami gagal untuk memberikan nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.

tanyaustaz-penulisSoalan ini dijawab oleh Ustaz Ahmad Fadzli Fauzi. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) dari Universiti Malaya.

Leave a Comment

Ada kemusykilan? Tanya Ustaz.