Tajuk: Penjelasan mengenai tempoh edah wanita selepas diceraikan suami dan larangan dalam Islam semasa idah.
Assalamualaikum ustaz.
Akak saya baru bercerai dengan suaminya di mahkamah. Boleh Ustaz jelaskan tempoh edah seorang isteri yang diceraikan dan apakah pantang larang dalam edah? Sebab ada kawan saya cakap akak saya tidak boleh keluar rumah selagi belum habis edah. Harap ustaz boleh jelaskan.
– Syikin
Jawapan Tempoh Edah Selepas Bercerai dan Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Edah
Waalaikumussalam.
Edah, idah atau dalam bahasa Arabnya ‘iddah‘ bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh perempuan selepas perceraian atau kematian suami.
Hukum Iddah Dalam Islam
Hukum iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
Firman Allah SWT:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tempoh Edah Bagi Wanita Bercerai
Tempoh ‘iddah wanita yang bercerai ialah tiga kali suci. Jika wanita tersebut ditalaq semasa dalam keadaan yang suci, tempoh ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa dalam keadaan yang haid, ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
Jika wanita itu ditalaq ketika mengandung, tempoh ‘iddahnya sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.
Bagi wanita yang ada masalah haid seperti putus haid ataupun haid yang tidak teratur, tempoh ‘iddahnya selama tiga bulan.
Situasi Bercerai | Tempoh Iddah |
---|---|
Bercerai ketika suci | 3 kali suci haid |
Bercerai ketika haid | 4 kali suci haid |
Putus haid / menopause | 3 bulan |
Haid yang tidak teratur | 3 bulan |
Mengandung | Sehingga kelahiran / keguguran |
Firman Allah:
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah di mana Rasulullah SAW memerintahkan Barirah untuk ber’iddah dengan tiga kali haid.
Pantang Larang Semasa Iddah
Wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah mempunyai batasan hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:
- Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
- Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
- Tidak dibenarkan keluar rumah dalam edah kecuali dengan keizinan suami.
- Tidak dibenarkan berkabung. Malah mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
- Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam keadaan yang diperlukan sahaja seperti bekerja dan mendapatkan rawatan perubatan. Termasuk dalam larangan juga ialah keluar bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadah Haji.
- Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ) kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata“
Dapat difahami di sini bahawa wanita yang masih dalam edah, mereka masih boleh duduk dan tinggal sekali bersama suaminya.
Malah suaminya wajib membayar nafkah kepada isterinya selama dalam tempoh ‘iddah. Tujuan dan hikmahnya agar suami dan isteri dapat berfikir dan menilai semula tindakan mereka, seterusnya dapat mengelakkan penceraian yang mungkin berlaku.
Baca: Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah?
Haram Suami Tinggal Bersama Dalam Tempoh Iddah
Menurut pandangan Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali mereka tinggal bersama mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.
Jika suami tetap berterusan tinggal bersama isterinya tanpa mahram, dibimbangi berlakunya berkara yang melanggar syarak, kerana hubungan suami isteri menjadi haram dan berdosa besar kerana gugurnya talak.
Sekiranya terdapat mahram di dalam rumah, harus hukumnya bagi suami masuk atau tinggal bersama di dalam bilik yang berasingan.
Manakala menurut mazhab Hanafi pula, rujuk boleh dengan ucapan dan boleh juga dengan perbuatan sama ada menyetubuhi, mencium, menyentuh, melihat dan sebagainya.
Wallahualam.
Berapa lamakah tempoh iddah wanita yang bercerai/kematian suami?
Tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami adalah tiga kali suci. Bagi yang menopause 3 bulan. Manakala wanita yang mengandung, adalah sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.
Bolehkah suami tinggal bersama isteri dalam tempoh edah?
Boleh sepertimana firman Allah SWT dalam Surah At-Talaq, ayat 1. Tapi dalam Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali ada mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.
Adakah suami wajib memberikan nafkah isteri semasa iddah?
Ya. Suami wajib menanggung seluruh nafkah si isteri termasuk nafkah tempat tinggal semasa dalam tempoh iddah.
ASSALAMUALAIKUM
SAYA IKA, SAYA NAK BERTANYA, ADAKAH SETELAH ABIS IDDAH SEORANG ISTERI MASIH BOLEH BERKAHWIN DENGAN BEKAS SUAMI?ADAKAH PERLU MENGISI BORANG NIKAH BARU DAN KENA NIKAH LAGI SEKALI?
Kalau abes iddah kene buat baru akad kalau nak bersama balik.
assalamualaikum , saya nak bertanya ..suami saya telah memberi taklik kepada saya ,, dengan memanggil nama penuh saya seperti “nur suhada binti sazali kau keluar rumah tanpa izin aku aku ceraikan kau dengan talak satu ” dah pada 7 nov 2021 saya telah melanggar taklik yang di beri suami .apa kah jatuh talak tersebut ? dan bolehkah jika kami ingin rujuk kembali sebelum tarikh yg di tetapkan makamah syarie..
Mana jawapan ni
Assalamualaikum. Saya nk tanya kenapa dlm tempuh edah hanya isteri yg ditekankan dgn bnyk pantang larang. Kenapa si suami pula boleh melakukan seduka hati. Contohnya keluar dgn perempuan lain, bermusafir dan sbgnya.. Apakah itu bukan satu kesalahan dlm islam.. Sekadar nk tahu..
tahu takpe
sbb nak jaga maruah dan kesucian wanita…mana tau masa dlm iddah tu ada benih si suami tanpa dketahui…klu dibiarkan tanpa iddah,jika blaku phubungan dgn laki lain dlm masa sama ,ada benih si suami…nnti ank itu nak claim benih siapa?
Assalamualaikum..
Saya ingin bertanye jika suami isteri yg bergaduh, manakala jika suami di dalam hati berkata contohnya ” lebih baik berpisah@ bercerai dengan isteri jika bergini” ..adakah jatuh talak kpd isteri…cth lain jika suami mengucapkn ayat dgn bercakap ” jika susah2 kita cerai sahaja” hukum nye jatuh talak ke ustaz…
assalamualaikum, ibu saya baru sahaja lepas cerai dan ada sahabat dia berkata kepada dia untuk menukar gambar profilenya iaitu gmbr selfienya.. adakah itu wajib dan adakah itu lebih baik?
Assalamualaikum. Saya nak bertanya, boleh ke suami melafazkan talak kepada isterinya yang sedang dalam pantang, adakah jatuh talak? Jika jatuh, berapa lama tempoh iddah, sekiranya dia belum datang haid selepas habis berpantang?
Satu lagi, saya pernah buat perjanjian dengan suami melalui whatsapp tentang jatuh talak sekiranya dia masih melayan porno/lucah. Tapi dia tidak balas ya atau tidak. Sekiranya dia masih layan perkara lucah, adakah talak tidak jatuh, kerana suami tidak menyatakan persetujuan tentang perjanjian saya bagitahu kepadanya?
Assalammualaikum
sya tlg hbis indah dn ingin berkahwin lain adakah sy perlu mnghadiri kursus kahwin lg?dn jika psgan sudah berumur 50 thun ke ats adakah perlu kursus kahwin juga?mohon penjelasan..terima kasih
Assalamualaikum wbt
Mohon penjelasan jika masih didalam iddah sy dn suami tidak bersetubuh tetapi ada berlakunya sehingga mengeluarkan air mani suami adakh terbatal talak ini dh terjadinya rujuk mohon bantuan..
Assalammualaikum…saya hndak bertnya kpda yg lbih tahu…apa sbb somi xnak lpaskn isteri…sdgkn isteri sudh buat pngakuan mcm angkat sumpah?
Sya sudah tidak tinggal bersama selama 7 tahun dgn bekas suami dan selama 7 tahun itu tidak ada kabar.dan sya bru tahun 2023 sah bercerai secara fasakh .adakah sya perlu iddah dan menuruti pantang dlm iddah?
Hay mau kh kamu kenal sama saya
Saya mengandung 5 bulan kandungan dan dijaga dengan baik. Saya telah bercerai sebelum mendapat tahu saya telah mengandung.saya dan suami ingin bersama boleh atau tidak sepanjang eddah
Assalammualaikum Ustaz, semoga Ustaz sehat didalam rahmah Allah swt.
Soalan:
Surat cerai dengan bekas suami dan hari pernikahan dengan suami baru bersamaan tarikh (sama date). Adakah pernikahan itu dikira sah? Suami baru tak tahu, kerana “si isteri” bilang, bekas suami dah lepas kan dia lebih dari 3 bulan. Tahu tahu nampak surat cerai. Surat cerai dan tarikh akad nikah satu date.
assalamualaikum..ustaz .. boleh bertanya…
saya ada seorang kawan yang sudah bercerai dan masih dalam iddah… kawan saya telah membuat pengakuan pada saya… dia telah bersetubuh dengan lelaki lain ketika dalam iddah.. apakah hukumnya ustaz?
Assalamuallaikum… saya nak tanya sekiranya kita bercerai hidup dan maseh dalam eddah, boleh tak kita pergi menunaikan umrah?
Assalamu’alaykum Ustaz. Abah saya meninggal dunia baru-baru ni dan dia meninggalkan seorang balu (isteri muda, abah bernikah selepas mak kami meninggal). Kami sudah maklumkan pada balu Abah tu dia dalam iddah dan tidak boleh keluar rumah melainkan darurat. Tetapi kami dapat tahu dia keluar ke sana ke sini, ke pejabat bekas askar (untuk tuntuk khairat kematian walaupun sudah dimaklumkan semua urusan ini akan dilakukan oleh kami adik beradik) dan semua urusan ini bukanlah darurat tapi keinginan dia sendiri kerana dia mmg tak suka duduk di rumah. Apa hukumnya pada isteri muda tu?
Assalamualaikum ustaz,suami saya dalam penjara 2 tahun sudah,2019-2023 saya cerai faskh 2023.suami jatuh hukum 18 tahun..
Adakah saya perlu jalani idah….yang ini nak masak ke 2 tahun setengah dah.. perlukah saya jalani idah.
Mau kah kamu kenal sama saya
Assalamualaikum saya nak Tanya dalam iddah si isteri di larang keluar rumah kan , mcm mana pulak Kalau si isteri tu bekerja ada tanggungjawab x boleh pergi ke ?
Assalamualaikum, maaf uztaz. Saya ingin bertanya. Tempoh iddah bagi ibu yang menyusukan anak yang belum dtg haid masih sama 3bulan kan ustaz? Kawan saya dia bercerai selepas anak dilahirkan.