Tajuk: Menjelaskan doa ibu mengandung dan surah-surah pilihan ibu mengandung untuk dijadikan amalan seharian.
Salam ustaz.
Saya sedang mengandungkan anak pertama saya setelah menunggu hampir 3 tahun. Boleh ustaz kongsikan doa-doa yang sesuai untuk dibaca sepanjang mengandung dan doa agar dipermudahkan bersalin nanti? Jazzakallah ustaz. – Puan Hani
Waalaikumsalam.
Alhamdulillah, tahniah buat puan. Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Pastilah sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga Amanah ini dengan sebaik mungkin.
Doa adalah satu ibadah mudah yang boleh dibacakan oleh sesiapa sahaja. Doa tidak terhad dibaca kepada mereka yang bersuci, mereka yang berada di masjid, mahupun mereka ynag sedang menutup aurat semata-mata. Doa boleh dibacakan di mana-mana sahaja, tidak kira masa dan ketika seperti selepas solat hajat.
Baca: Hukum berjumpa doktor lelaki ketika mengandung
Doa ibu mengandung dan surah pilihan
Kami tidak menemui hadis-hadis sahih yang menceritakan doa yang sesuai dibacakan ketika mengandung. Namun, ibu-ibu boleh mengamalkan bacaan surah-surah pilihan sewaktu mengandung ini sewaktu mengandung:
- Surah Al-Fatihah. Ini adalah ibu bagi segala surah. Ianya sangat bagus dibacakan untuk menerangi hati ibu serta anak yang dikandungkan.
- Surah Maryam. Surah ini menceritakan pengalaman Maryam yang mengandung sehinggalah beliau melahirkan anaknya yang bernama Isa (Nabi Isa). Surah ini sangat bagus dibacakan, lebih-lebih lagi bagi membantu memudahkan ibu bersalin nanti, seperti mana Maryam yang dipermudahkan untuk bersalin.
- Surah Al-Kahfi. Bacalah surah ini terutamanya pada hari Jumaat. Mudah-mudahan Allah pelihara diri si ibu dan anak dalam kandungan dengan berkat bacaan surah ini.
- Membaca tiga kali bagi setiap surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Bacalah sebelum tidur agar waktu tidur si ibu dilindungi oleh Allah Taala.
- Ayatul Kursi. Bacalah selepas selesai sahaja mendirikan solat fardhu kerana fadilatnya yang sangat besar, sehinggakan Allah memberikan syurga buat mereka yang mengamalkannya.
Doa dipermudahkan bersalin
Selain bacaan surah-surah pilihan ibu mengandung di atas, ibu-ibu juga boleh membaca sebarang doa dalam bahasa yang mudah difahami. Seperti jika kita orang Melayu, pastinya membaca doa dalam Bahasa Melayu adalah lebih mudah. Bacalah doa yang mudah dan ringkas seperti:
“Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami, permudahkanlah di saat kelahiran bayi ini.”
Mohon doa kepada Allah seperti doa dipermudahkan bersalin secara normal dan diberikan kesihatan sepanjang hamil.
Baca: Haram bersetubuh walaupun haid isteri kering
Bahkan, si ibu juga boleh mendoakan kebaikan buat si bayi apabila mereka besar nanti walaupun bayi itu masih belum pun lahir lagi, seperti doa berikut:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
❊ Surah Ibrahim, ayat 40 ❊
Apa yang penting buat ibu mengandung, berdoalah dengan jiwa yang penuh hadir, khusyuk, serta tunduk kepada Allah S.W.T. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.
❊ Riwayat al-Tirmizi (3479) ❊
Kesimpulan
Walaupun kami tidak menemui doa-doa khusus buat ibu-ibu yang mengandung dalam hadis-hadis sahih, namun seorang ibu yang sedang hamil boleh mengamalkan sebarang doa yang bersesuaian. Bahkan, doa yang terbaik ialah doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh serta yakin bahawa Allah akan memperkenankan doa tersebut.
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan puan dalam tempoh ini sehinggalah di saat kelahiran bayi nanti. Amin.
Apakah surah yang boleh saya amalkan sepanjang saya mengandung?
Ibu-ibu mengandung boleh mengamalkan bacaan surah-surah pilihan berikut:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Surah Maryam.
3. Surah Al-Kahfi.
4. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas (3x).
5. Ayatul Kursi.
Adakah doa yang terbaik untuk ibu hamil anak pertama? Sebab rasa sedikit gugup.
Ibu-ibu boleh membaca sebarang doa dalam bahasa yang mudah difahami dengan memohon kepada Allah agar dipermudahkan bersalin secara normal dan diberikan kesihatan sepanjang mengandung seperti doa ringkas ini: “Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami, permudahkanlah di saat kelahiran bayi ini.”
Ùstaz saya drpd kecik sampai skrg hati dan jiwa saya tak tenang…. Saya berhutang, menipu,minum arak, berzina, berjudi, ambil dadah untuk tenang tapi sama juga…. Keluarga saya benci pada saya.. Skrg mereka terima saya dgn hati terpaksa saya tahu itu semua terpaksa saya nk berubah.. Saya tak menipu.. Tapi saya tetap dipersalahkan dihina dimaki… Saya nk berubah tpi salah ke saya nk mereka berubah sekali… Saya tak tahu nak cakap bagaimana ustaz tlong saya call saya 01113394837 saya perlukan nasihat dan dorangan… Saya nk kejar akhirat