Tajuk: Apakah hukum isteri yang tidak mahu melakukan hubungan batin dengan suami selepas nikah kerana alasan takut dan penat?
Salam ustaz.
Saya telah sebulan mendirikan rumahtangga. Masalah yang kami hadapi sekarang ialah kami belum pernah lagi melakukan hubungan batin suami isteri. Kerana disebabkan beberapa faktor seperti isteri takut, tiada keinginan, keletihan dan tinggal berasingan. Adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam Islam?
Saya ada terdengar orang menyatakan bahawa kalau sampai sesuatu masa (3 kali suci) kita masih belum melakukan hubungan s*ks selepas sah nikah, maka kita boleh berdosa. Betul ke ustaz?
– Adi
Jawapan Isteri Tidak Mahu Melakukan Hubungan Batin Selepas Nikah Kerana Takut & Penat
Waalaikumusalam.
Nafkah batin ialah hubungan suami isteri.
Suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud:
نِسَاۤؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ ۖ فَأْتُوْا حَرْثَكُمْ اَنّٰى شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوْا لِاَنْفُسِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّكُمْ مُّلٰقُوْهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki.”
Suami Wajib Memberi Nafkah Batin Kepada Isteri
Kewajiban seorang suami memberikan nafkah batin atau s*ks kepada isterinya ada disebut dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf.”
Sekiranya seorang isteri berkeinginan kepada nafkah batin, maka wajib bagi suami untuk menunaikannya melainkan si suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya.

Jika suami gagal untuk memberikan nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.
Kesimpulan Hukum Isteri Tidak Mahu Dengan Alasan
Dalam keadaan kedua-duanya, iaitu suami dan isteri reda serta tiada masalah untuk tidak melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh yang tertentu, maka ianya tidak menjadi masalah. Ini kerana maksud perkahwinan bukanlah sekadar mahu melakukan hubungan s*ks semata-mata.
Bagi isu berkaitan isu nafkah batin ini, terpulanglah kepada pasangan masing-masing untuk menentukan waktu yang sesuai bagi mereka dapat bersama.
Tidaklah berdosa jika mereka tidak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tertentu seperti tiga kali suci, dengan syarat masing-masing reda dan faham akan masalah yang dihadapi.
Berbincanglah secara baik. Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina dapat dikekalkan hingga ke syurga, amin.
Wallahualam.
Apakah berdosa jika tidak melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh tertentu?
Tidaklah berdosa jika mereka tidak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tertentu seperti tiga kali suci, dengan syarat masing-masing reda dan faham akan masalah yang dihadapi.
Apakah hukum suami dalam meberi nafkah batin kepada isteri?
Jika suami gagal untuk memberikan nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.
Assalamualaikum…… saya nak bertanya tentang…. apakah hukum semasa bersama dgn isteri….isteri telah kedatangan haid?
Aik, kalau lelaki tak boleh bagi haram dan berdosa. Tapi kalau perempuan tak boleh bagi kena bincang je? Tak berdosa ke?
Kalau isteri tak bagi bila suami minta tapi suami redha tak ada masalah, tapi kalau suami tak redho isteri kene laknat and berdosa besar.
Keredhoan tu amat berat.. kdg2 mntk asyik xdpt.. jdi jemu dan malas dh nk mntk.. sbb nmpk tepuk sebelah tgn je.. dlm sebulan leh Kira ngn jari berapa Kali je dpt.. kdg2 rasa nk tambah Kuota je..
Setuju.. Kasihan pihak lelaki. Sesungguhnya wanita paling ramai dalam neraka
Saya hadapi masalah sama
kenapa isteri awk x bg?
ntah
Samela keadaan kita bang.. penat asyik kita je yg mntak dh tiap kli asyik kita je yg mntak. Tu pun mntak dkat hari2 dpat dlm 3mnggu skali… tu pun susah…
Kita ni dah lebih setahun dah cip.pasrah dah..nak cari bini baru kang kita yang salah.
Saya dh 2 tahun kahwin.
Tidak pernah melakukan hubungan intim. Sekadar ringan2 pada mulanya (gesel luar rahim) . Alasan isteri kerana sakit dan takut.
Lama kelamaan saya menjadi kurang minat walau hanya ringan2.
Sama, alasan sama. saya pun dah lebih 2 tahun. isteri masih anak dara. Hati dah rasa mati & banyak bergaduh berbalik semula pada isu ini. Tambahan daya fokus memang menurun, rasa hidup tak tenang. Bila kuatkan diri dengan agama memang membantu, tapi tak bila ada orang yang tak membantu dekat sebelah. Jadi macam satu masalah yang kena heret sana sini.
Saya dah hampir 3 tahun bang.
itu yang aku tengah fikirkan ni. sakit hati beb. 2 bulan x dapat. alasan penat, esok keje, dll. hari2 try tapi ditolak
duit mintak saya bagi. tapi saya mintak tu dia x bagi.
kalau x fikir anak anak dah lama saya tambah kuota. Lain masalah dunia saya xde. itu je masalah nya.
Kadang terfikir juga inilah sebab laki kawen lain
so jangan salahkan lelaki saja ye
Tngok yg mufti Malaysia punya baik, yg nie tk jelas, punah hukum2, hukum2 dunia nie.
Btul
Kalau tak ada penjelasan jujur saya cakap mana hak suami kenapa suami di tuntut bergitu banyak… Dan 1 soalan saya lagi jika suami dah didik isteri menjadi baik tapi isteri berbohong kepada suami dan isteri bercakap tidak berzina dengan sapa tapi di belakang suami isteri berzina dengan orang lain tetap ke suami berdosa atau sebab 1. Suami bertanggungjawab dosa isteri dan anak 2.jika isteri berzina dengan orang lain di kira suami daus dosa juga 3. Jika pukul untuk didik kan dosa jugak pukul isteri.. Mana hak suami
ulasan x cukup. ust x cerita apa bila suami perlu nafkah batin tapi isteri enggan
Yup.. jawapan xlengkap.. soalan lain ditanya..soalan lain dijawab..
Rasanya ustazah yang jawab ni. Bukan ustaz. Isteri tak bagi nafkah, suami pulak yg ditulis berdosa
btl tu
Btul
Pecah dara tu sakit itulah kami takut faham
Assalammualaikum ustaz saya nak tanya jika isteri gagal memberi nafkah batin apakah dosa isteri tu? Disaat suami ajak bersama isteri tolak ajakan tu ,dan tak beralasan .
Samela keadaan kita
Malas ? Penat? Mmg kena laknat bini camtu.. suami nk Pon xmo bagi.. kena cek balik.. kdg2 byk isteri yg xmo jimak dgn suami selalunya curang ngn jantan lain..
Setuju.. Pnah kena.. Undang2 yg tidak adil.. Nak muntah penjelasannya
Dgn bangala
Mana boleh kecam isteri takmo bagi. Nanti dia buat sidang media dia pusing cakap suami tak bagi cukup nafkah. Sengaja aniaya mintak masa dah penat. Haaa hadaplah kau…
yg best tu penah bagi duit raya punca mintak cerai
Mohon pncerahan dalam islam sesuai agama kita berapa kerap kali dlm sebulan pasangan boleh melakukan hubungn kelamin ? Adakah hukum atau had² tertentu
Mohon pncerahan dalam islam sesuai agama kita berapa kerap kali dlm sebulan pasangan boleh melakukan hubungn kelamin ? Adakah hukum atau had² tertentu
Assalamualaikum ustad.saya minta pencerahan.suami saya ada masalah lemah tenaga baten. Tapi dia tetap mahu bersama..skrg dia tidak memberi nafkah zaher dn baten kerana dia kena strok.tidak bekerja.tetapi nafsu tetap ada..adakah saya berdosa menolak ajakan dia atas sebab penat kerja,serta dia tidak dpt puaskn saya..bolehkah saya hidup bersama dgn dia hanya menjaga dia tanpa melakukan seks…
Assalam..kalau bini asyik tolak dan xminat seks..tolak ajakan suami dgn mcm2 alasan..ada yg munasabah dan ada xmunasah…nak dapat bkn main payah…..klu dpt tu rezeki la..jenuh nego bru nk dpt..mcm mna ya…
Sama keadaan kita. Hari dia xkerja pon bkan main payah nk dpat. Pdahal org lain pon tlg jagakan anak
Takkan la bab agama pun nak kira human right? Jawapan selindung2 ni nak ikut geng2 gender equality ka mcm mana? Ka siti ksim?
asyik laki je yg dslahkn
Sokong
Sama.. Alasan isteri takut, and xmahu kena paksa. Aku mcm apa benda ni.. Sampai rasa aku yg kena game. Dia nak kahwin dgn aku bukan main. Nak cepat la, takut umur dia dah tua la. Last2 dah kahwin, ajak nak bersama, bagi alasan takut, sakit la ap. Dah jenuh bincang baik, dah macam aku pengemis pulak. Aku rasa perempuan zaman krg ni byak akal, asalkan diorang je seronok, diorang je rasa tenang la ap. Sakit hati aku. Sampai aku dah malas nk ckp nk bersama. Tu cuba cari jawapan kt Internet. Jumpa yg ni. Laki juga yg kena salah. Habis tu kena tunggu isteri yg minta dlu la, laki pulak kena tunaikan xkira bila masa? Letih ke ap ke, kena tunaikan jugak?
cri indon best
Sokong. Sbb mcm ni la laki cari pompuan lain kt luar.. tapi bila kantoi laki jgk dipersalahkn..
Assalamualaikum ustaz..saya nak minta pendapat ustaz..saya baru 6 bulan berkahwin tapi dalam tempoh 6 bulan berkahwin suami baru sentuh saya dalam 4 kali..bila saya cuba untuk ajak bersama dia mula melenting katanya ingat nikah hanya untuk seks sahaja ke? Suami kata saya tak faham dia letih bekerja tambah dia kata dia slip disc..
Kadang2 saya cuba nak bermanja contoh macam cium ketiak..pegang alat sulit dia tapi dia mula marah dan mengelak..saya pun tak tahu nak buat apa dah ustaz..cubaan goda pun tak menjadi..kadang2 saya jadi tertekan..boleh ustaz bagi pandangan untuk hal saya ni?apa yang harus saya lakukan?adakah perceraian yang terbaik?terima kasih ustaz..
Same situation goes to me..
Salam ustaz. Sya nak tanya mcm mana kalau isteri dia tak cintakan kita dah dan dia hilang rasa segala2nya pada kita.
Dan kami masih sah suami isteri, bila ajak bersama dia selalu tolak. Bersama pun ibaratkan mcm patung.
Ustaz ni xbleh harap. Undang2 berat sbelah
Isteri aku bagi alasan penat dan takde mood, sebagai suami nafkah smua dia dapat dan juga barang kemas . dia selalu tolak, cuba elakkan diri, masa bersama mengeluh , tidak berinteraksi bersama cuma aku je yg buat sorang dah smpai bertahun2.klau isteri pegang pon mcm nk taknak. isteri bukan seorang yg bertenaga dan dia jenis yg malas. aku nak kahwin lagi atau dia boleh bawa haluan sendiri. setiap hari rasa sakit geram sedih pon ada…klau search tanggungjawab isteri kat google yg keluar tanggungjawab suami ntah pape
Sokong…. isteri yg xde tanggungjawab, suami jgk yg dipersalahkan
Semua slh lelaki xmahu jadi sebaik2 manusia atas layanan pada isteri..jgn tuding isteri kita yg bersalah dlm hal ni…pandai2lh pujuk ..inshallah doa jugak jgn lupa…jgn biat maksiat dan dosa2 sebab ujian tu dtg ..setan bisik2 yg jahat pdg buruk pd isteri kita…sangka baik pada isteri kita…dia tlg keje umah…semua dia dh buat …
Nampak nye kita senasib bang .. bertahun dh mcm ni . Sebulan skali pun payah ,nak sentuh ad syarat pulak kena pakai helmet . ni dh 4/5 bulan tak sentuh .. nafkah dan duit blanja dapat tepat pasa masa .. tak pernah culas .. bertahun dh rasa tak dilayani , pegang tangan pun tak nk .kalau Peluk ditepis nye… benda dh bincang byk kali tpi tetap sama , tpi saya redha je , Saya anggap Allah beri pesanan dkt saya .. walaupun mcm tu sy tetap ampun kan dia dunia akhirat ..
AllahuAkbar…saya pn sama..rupanya ada yg senasib..Semoga Allah ampunkan kita semua
assalamualaikum ustaz… saya cuma nak minta pandangan ustaz sahaja berkenaan masalah yg saya hadapi… saya dan suami dah berkawin 4tahun dan dalam 4tahun tue bole di kira pakai jari brapa lama sahaja dia bekerja… dan semua keperluan rumah saya yg sediakan ataw beli termasuk barangan peribadi saya dan suami memandangkan saya bekerja di sektor swasta dri sblom kawin smpai sekarang… dan pada masa dia ade pekerjaan pon tetap saya juga yg bayar sekua komitmen bulanan… dan ada satu hari suami marah dengan saya dan berkata “nanti kalau saya dah ade keja dah ade duit kau pergilah tinggal dengan adik beradik kau xperlu lagi tinggal kat sini” so persoalan saya adakah jatuh talak sekiranya suami dah bekerja dan ade duit sesuai ucapan suami tersebut??? minta pencerahan dri ustaz…. terima kasih
Dh cukup lama aku bersabar kerana isteri yg enggan melayan..time nk ank je bersungguh..bila dh lekat terus bermacam alasan..aku sbg suami mmg x reda kerana sakit hati dan stress. Drp dia menanggung dosa InshaAllah ini tahun terakhir hubungan kami sbg suami isteri. Harap slps ni kami dpt kebahagian msing2.. Isteri blom tau keputusan aku ni..tp aku amat nekad awl thun dpn naik mahkamah syariah..ank2 xkn aku abaikan..biarlah ini menjadi thun terakhir kami sbg suami isteri dlm melaksanakan ibadah puasa dan menyambut hari raya..Akn ku lakukan yg terbaik di thun akhir ini..walaupun berat tapi itulah yg terbaik..😣
Sama bro. Cerai dah tapi tengok mcm mana dia dlm tempoj iddah
wow bro
keputusan paling sukar
tapi demi hak aku support ko bro
aku ni belum sampai ke arah itu
masih tunggu dan lihat
Saya pn pelik sbb, isteri asyik beri jawapan letih. Sebagai suami isteri, saya mmg membahagi kan tugas utk menguruskan kedua2 anak kami dan juga hal rumah tangga spt menjemur kain, membasuh pinggan dan lain2. Saya bekerja 8-9 jam sehari di syarikat swasta dan isteri seorang guru sekolah rendah.
Tapi isteri asyik letih dan menolak permintaan saya.
Dia lebih setuju jika hanya bersama dikala hujung minggu. Tp bila hujung minggu belum tentu bersedia dgn beberapa alasan diberikan.
Saya cuba menjaga emosinya dan memberi kasih syg spt selalu bersembang, memeluk erat dan sbg nya, tp masih sama sehinggakan sy rs bertepuk sebelah tangan dan meminta sedekah.
2-3 tahun masih bersabar, tetapi selepas 6 tahun, sy rs dipergunakan sahaja sbg suami. Sy x nafikan, isteri masih seorg yg baik terhadap keluarga saya dan jugak tidak berkira2 dlm membelanjakan wang utk barangan rumah dikala sy kesempitan dihujg bulan, tp sy akan bayar semula kpdnya selepas gaji masuk.
Namun, kpd siapa harus sy berharap utk meredakan keinginan fitrah suami ini?
Saya hanya berharap keimanan saya kuat dan terus kuat kerana Allah. Sy x nak buat dosa, tetapi keinginan saya membuak2 bila sampai masanya. Saya cuba elakan dari servis sendiri kerana ia masih haram disisi hukum syarak, walaupun sebelum2 ni sy terbabas kerana tiada pilihan berbanding berzina dgn wanita lain.
Info tak lengkap. Memang susah la kalau dapat blog untuk rujukan tapi bias. Dah la isteri tak reti tunaikan nafkah. Dapat pula jumpa blog yang berat sebelah.
Dah didik ajar elok pun sama je melawan nombor 1. Simpan jelah dara tu sampai syurga. Jawab sendiri dengan Allah.
Dh hampir 3 tahun kahwin. Xpernah dpt hubungan intim.
Kadng tu sya redha je bila bercakap baik2 dgn isteri.. Sebab takut.
Tapi bila bergaduh disebabkan nda kecil, dtg bisikan syaitan utk hilangkan redha tu.
Isteri dh cukup baik, tapi bab hubungan tu kadang2 buat jiwa stres. Kadang2 dtg xde perasaan dekat isteri. Wlaupun hari2 peluk.
Kadang2 bila isteri ada masalah, sy fikir satu je. Itu disebabkan kau x tunaikan nafkah batin terhadap suami.