Tajuk: Menjelaskan hukum berkahwin semula dengan bekas suami atau rujuk kembali selepas tamat tempoh iddah.
Assalamualaikum ustaz. Saya Syu, saya nak bertanya, adakah setelah habis iddah 3 kali suci, seorang isteri masih boleh berkahwin dengan bekas suaminya? Adakah perlu mengisi borang nikah baru dan kena nikah lagi sekali? – Nur Suhada
Jawapan Bolehkah Isteri Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami Walaupun Telah Habis Tempoh Iddah?
Waalaikumsalam.
Benar, tempoh iddah wanita adalah selama 3 kali suci, seperti mana yang dirakamkan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan emba mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil embali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dalil daripada sunnah pula adalah daripada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:
Maksudnya: Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.
Dalam tempoh ‘iddah ini, si isteri boleh tinggal bersama suaminya jika di rumah tersebut mempunyai penghuni mahram yang tinggal bersamanya. Begitu juga jika kediaman itu berbilik-bilik atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya (rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/268).
Baca: Kenapa Isteri Dilarang Keluar Rumah Dalam Tempoh Edah
Jika kediaman bekas suaminya tidak mempunyai ciri-ciri di atas, bekas suaminya perlu mengizinkan bekas isterinya untuk tinggal di rumah yang sebelum ini dia biasa tinggal seperti tinggal di rumah ibunya.
Bahkan, si isteri dibenarkan untuk bersolek dan berhias untuk menarik kembali perhatian suaminya agar dapat merujuknya semula. Suami masih diwajibkan untuk memberikan nafkah zahir buat isteri. Apabila si suami mahu merujuk kembali isterinya dalam tempoh ‘iddah ini, maka si suami tidak perlu membuat akad nikah yang baru mahupun mas kahwin (mahar) yang baru, namun ianya masih perlu dimaklumkan kepada mahkamah syariah bagi tujuan dokumentasi.
Rujuk Selepas Tempoh ‘Iddah
Adapun perlu diketahui bahawa talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad nikah yang baru dalam tempoh ‘iddah hanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama ataupun yang kedua sahaja. Jika talak ini telah berlaku dua kali sebelum ini dan ini merupakan talak ketiga, maka talak tersebut tidak boleh dirujuk kembali walaupun dalam tempoh ‘iddah.

Dalam isu ini, jika telah tamat tempoh ‘iddah bekas isterinya, maka situasi yang berlaku dinamakan talak ba’in. Bermakna, bila telah tamat tempoh ‘iddah bekas isterinya, bekas suaminya tidak boleh merujuknya semula melainkan dengan akad nikah yang baru.
Kesimpulan
Menjawab persoalan puan, si isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami walaupun telah tamat tempoh ‘iddah, namun pernikahan tersebut perlu dibuat dari awal semula iaitu perlu mengisi borong nikah dan perlu akad nikah yang baru semula.
Baca: Hukum kahwin sepupu sendiri dalam Islam?
Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina dapat berkekalan hingga ke hujung usia, bahkan dapat dipertemukan semula di Syurga. Amin.
Bolehkah isteri berkahwin semula dengan bekas suami walaupun telah habis tempoh iddah?
Ya boleh namun pernikahan tersebut perlu dibuat dari awal semula iaitu perlu mengisi borong nikah dan perlu akad nikah yang baru semula.
Bolehkah suami merujuk isteri dalam tempoh edah?
Suami boleh rujuk isteri dalam tempoh edah kecuali talak 3 dan talak (1 dan 2) telah berlaku dua kali sebelum ini. Boleh rujuk artikel tentang tempoh edah utk mengetahui kiraan edah.
Isteri telah di cerai tiga kali telah kawin lelaki lain tetapi suami barunya cerai isteri tanpa di sentuh, soalan boleh kah si isteri rujuk semula dengan suami yg pertama yg telah ceraikan ia tiga kali..mohon pencerahan Ustaz.t.kasih
Assalamualaikum,nama saya yazid.Saya telah lafazkan cerai pada isteri saya dgn talak 1.Skrg saya nak tanya bagaimana caranya jika saya dan isteri saya nak rujuk kembali.Saya baru aja lafazjan dalam 4 hingga 5 hari.Blh bantu saya utk terangkan bagaimana caranya utk rujuk kembali. Terina kasih.
Alhamdulillah…
Terima kasih Ustaz…
Ilmu yang dikongsikan…
Semoga sentiasa sihat walafiat..
Murah rezeki ustaz
Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat ..Aamiin…Allah hummah aamiin…
In Shaa Allah…
Assalamualaikum ustad…saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin berkawin dgn bekas istri semula dan tempoh iddah telah tamat, adakah sijil nikah kena buat baru lagi? Walaupun kedua dua sijil nikah tu masih berada dengan kami dan belum di serahkan lagi. Terima kasih sebelum nya…
Salam semalam 2/1/2024 saya mintak suami lafazkan taklik sekian” sehingga membawa perkataan talak tiga.saya tak tahu kenape saya Tiba” suruh suami ckp mcm tu Dan bila suami tak cakap saya mula ckp “ maknenya klau tak berani cakap mcm tu Akan buat lah kan “?so dia rasa tertekan and then dia pun mula lafazkan ape yg saya mintak.tak lama kemudian saya pulak yang tiba” rasa bersalah.
Kemudian bila saya bincang balik dengan suami n ckp sekarang ni biy dh tunaikan lafaz taklik tersebut n if bende tu jadi syg mmg kene khawin ngan org lain sampai org tu bersetubuh dgn syg baru syg boleh khawin dgn suami lama semula.Tpi bende tk boleh dirancang.kene betul” Ada masalah n suami tibe” nk ceraikan or Ada ihsan sbb masih faham isteri still sygkan suami lama so dia ceraikan saya dgn niat saya dpt kembali suami lama semula baru boleh tak silap.
Jadi saya nak tahu lafaz taklik yang dah dipersetujui tetapi belum lagi dibuat masih valid lagi ke?bila si suami dah menceraikan saya terlebih dahulu sebelum dia melanggar taklik tersebut?Dan contoh dia menceraikan saya dgn talak 1.tetapi lafaz taklik sebelum ni saya mintak dia untuk lafaz talak 3
Assalamualaikum klu nak kahwin/rujuk semula tamat tempoh adakah perlu wali